Mat Sentol kesal dengan fitnah bahawa dirinya hidup melarat, hanya kerana gambar yang memperlihatkan dirinya berjalan kaki.
Ujar pelakon dan pelawak veteran itu, berjalan kaki adalah rutin hariannya untuk menjaga kesihatan,
"Kehidupan
saya Alhamdulillah baik dan saya tidak tahu kenapa orang berkata saya
sebegitu. Mereka mungkin tidak pernah nampak saya berjalan kaki seorang
diri.
"Sudah
menjadi rutian harian saya setiap petang akan berjalan kaki di kawasan
sekitar atau ke bandar sebagai senaman demi menjaga kesihatan," katanya memetik mStar.
Malah anak Mat Sentol, Rosdin Abdul Rasip yang juga meluahkan rasa
kesalnya memberitahu bapanya berada dalam keadaan sihat dan mereka
tinggal bersama di Johor Bahru.
"Saya tidak tahu mengapa mereka berkata demikian dan mungkin juga mereka ada niat baik untuk membantu ayah saya.
"Tapi buat masa ini kehidupan dia baik bersama keluarga kami. Semua yang dikatakan di laman sosial tidak benar," ujarnya.
"Itu
memang menjadi rutin harian, kesihatan dia baik cuma kadang-kadang
sakit lutut tapi kalau kami larang dia berjalan... dia tidak mahu
dengar.
"Alhamdulillah
ramai pemandu teksi yang kenal bapa dan sentiasa akan memastikan jika
dia berasa penat akan ada menghantarnya pulang ke rumah," ujarnya.
ConversionConversion EmoticonEmoticon