Jawapan A dari polis.."Rasulullah Tak Pakai Helmet Jadi Kenapa Saya Harus Memakainya"






Menjadi polis trafik kadang bukan semudah yang kita lihat. Setiap hari tengking dan makian adalah perkara biasa yang perlu di tempuhi.


Di sini kami kongsikan satu kejadian yang cukup menarik dimana seorang yang nampak alim hanya mengenakan songkok putih dan berbaju putih layak sebagai seorang yang nampak kuat beragama berperang mulut dengan polis trafik akibat tidak memakai helmet ketika menunggang motorsikal.




Apa yang menariknya dalam pertengkaran tersebut,Pengguna motorsikal tersebut memetik nama Rasullulah sebagai alasan utama mengapa beliau tidak perlu memakai helmet ketika menunggang motosikal.

Berikut perbualannya.

Polis: maaf boleh saya melihat lesen pakcik?
pakcik: apa kesalahan saya?
polis:pakcik tidak memakai helmet ketika menunggang motorsikal

pakcik: saya tidak akan mengenakan helmet sebab itu bukan sesuatu yang wajar dalam agama saya.

polis: Apa maksud pakcik?

pakcik:Rasulullah tidak pakai helmet,jadi jangan paksa dan minta kepada saya untuk memakai sesuatu yang tidak dikenakan beliau



polis:tapi setahu saya,rasulullah tidak menunggang motor. Saya ada satu soalan sederhana, kalau zaman nabi ada motor, pakcik yakin Rasulullah tidak akan pakai helmet?

pakcik:tersentak dan terdiam.


polis:Pakcik dengan mudahnya mengharamkan yang pakcik yang benci,tapi menghalalkan yang pakcik suka,seolah pakciklah penentunya,saya percaya bahwa Rasulullah lebih menyukai ummatnya yang melindungi kesihatannya dan menjaga dirinya serta keluarganya.

pakcik: Maksud tuan, saya tidak melindungi keluarga saya kerana tidak memakai helmet?

polis:ohh,sudah tentu pakcik,sebab jika terjadi hal buruk kepada pakcik akibat tidak memakai helmet,apakah keluarga pakcik tidak menerima akibatnya? bagaimana dengan perasaan takut dan tertekan yang akan mereka rasakan,siapa nanti yang akan mengurus dan menjaga mereka?




pakcik: Allah akan memberi nafkah kepada mereka

polis: Melalui apa dan siapa? bukankah rezeki yang diberikan Allah menerusi orang lain? Sama juga dengan keluarga pakcik,mereka menerima rezeki dari Allah melalui pakcik,jika pakcik mati akibat kemalangan,besar kemungkinan rezeki mereka akan melalui orang lain.

pakcik:sekali lagi terdiam seolah apa yang dikatakan polis trafik itu mempunyai fakta yang kuat akan kebenarannya,dimana pada akhirnya pakcik tersebut mengeluarkan lesen dan ic untuk di saman karena tdak memakai helmet ketika mengendaria motor di jalan.




polis: Melindungi diri sama halnya dengan melindungi keluarga sendiri mungkin nampak remeh dengan sebuah helmet,tapi cuba pakcik bayangkan perasaan tidak susah hati yang di rasai oleh isteri,ibu,ayah,anak.saat meraka melihat kepala kita di lindungi oleh helmet.

Hari ini saya tidak saman pakcik,anggaplah nasihat saya sebagai surat saman bagi pakcik.





Previous
Next Post »