Justeru, titah, baginda perkara itu akan ditimbulkan pada mesyuarat Majlis Raja-raja yang akan datang.
“Saya ingin tahu – jika ia adalah benar – mengapa mereka perlu bajet RM1 bilion?
“Adakah ini termasuk peruntukan kepada semua negeri-negeri? Semasa mesyuarat Majlis Raja-raja seterusnya saya mahu mereka tunjukkan saya butiran perbelanjaan.
“Saya ingin tahu jika mereka juga membiayai sekolah-sekolah agama di sini (di Johor),” katanya kepada akhbar The Star.
Sultan Ibrahim juga memberitahu bahawa sekolah-sekolah agama bermula di Johor sebelum diperkenalkan ke negeri-negeri lain.
Titah baginda, Johor, tidak pernah mempunyai sekolah pondok tetapi sebaliknya mempunyai sekolah agama yang teratur yang mana sukatan pelajarannya digunakan di negeri-negeri lain.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini berkata Jakim memerlukan lebih RM1 bilion bagi tahun kewangan 2016, dan bukan hanya RM724.6 juta yang diperuntukkan buat masa ini.
Beliau berkata jumlah wang yang besar itu diperlukan bagi memerangi ideologi pelampau seperti IS, liberalisme, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Mengulas soalan bahawa beberapa agensi kerajaaan yang kelihatan lebih berpengaruh dan berkuasa berhubung soal agama, Sultan Ibrahim betitah, Raja-raja Melayu adalah ketua agama Islam di negeri masing-masing.
“Jakim boleh memberi nasihat atau mencadangkan garis panduan tetapi ia terpulang kepada kita (Sultan) sama ada kita mahu menerimanya.
“Saya telah lantik panel bagi Majlis Agama Islam Johor. Mereka keluarkan fatwa tetapi
ini tidak boleh dikuatkuasakan tanpa kelulusan saya.
“Kadang-kadang saya mempersoalkan sesuatu fatwa dan saya mahu mereka menerangkannya, tetapi Jakim tidak mempunyai hak untuk campur tangan di negeri ini,” titah baginda.
ConversionConversion EmoticonEmoticon