Pihak berkuasa di Mexico terpaksa campur tangan untuk menyiasat mengapa
wanita ini tidak bersalin di dalam klinik. Menurut keterangan surat
khabar La Razón de México yang menulis mengenai foto kontroversi itu,
wanita ini dipaksa menunggu selama dua jam untuk mendapatkan
perkhidmatan di klinik tersebut.
Wanita ini dikenalpasti sebagai Irma López Aurelio. Awalnya wanita
berusia 28 tahun ini terbangun di rumahnya sebelum subuh pada tanggal 2
Oktober 2015 kerana kesakitan yang sangat kuat pada perutnya.
Sesampainya di klinik, air ketuban Lopez pecah. Kakitangan di klinik itu
memeriksanya, tetapi mereka tidak memasukkan Lopez ke ruang bersalin.
La Razon melaporkan klinik itu menyatakan mereka kekurangan kakitangan.
Dua jam kemudian, atau sekitar pukul 8 pagi, Lopez menjatuhkan salah
satu lututnya di atas rumput di luar klinik dan mula ‘meneran’. Ibu dua
anak ini tahu betul bila masanya bayi akan keluar.
Barulah setelah itu beberapa kakitangan klinik berlari keluar untuk
membantu si wanita dan kemudian ibu dan bayi laki-lakinya yang sihat itu
terus dibawa masuk dan diberi rawatan yang mereka perlukan.
ConversionConversion EmoticonEmoticon