Jika sebelum ini Stacy AF menjadi mangsa tohmahan kerana didakwa menyambut hari Krismas, kini Maya Karin turut terkena tempias yang sama apabila gambar beserta ucapan sambutan perayaan itu dimuatnaik di Instagram membuatkan segelintir peminat menegur tindakannya itu.
Sementara itu, Maya menjelaskan dalam caption gambarnya itu, dia sudah tidak berjumpa dengan keluarganya di Jerman hampir 15 tahun selain mahu meluangkan masa yang ada bersama keluarganya sendiri.
Antara perkara yang ditegur oleh peminat adalah tindakan Maya mengucapkan selamat hari lahir kepada mereka yang menyambutnya. Jawab Maya, dia sekadar menyatakan rasa gembira apabila keluarga datang menyambut perayaan itu bersama-sama.
Penjelasan daripada Maya mendapat reaksi berbaur daripada peminatnya. Apa pun, semoga Maya sentiasa selamat di sana dan selamat pulang nanti.
ConversionConversion EmoticonEmoticon